Sabda Nabi SAW: " Ajarkah anak-anakmu BERENANG dan MEMANAH; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung KUDA" Hadis Riwayat Ahmad
Berkuda, memanah,
berenang, sunnah Rasulullah SAW
Sejak kita lahir
kita sudah terbiasa mendengar kuda yang dikaitkan dengan perjudian seperti
loteri lumba kuda, juga yang berkaitan permainan polo. Yang banyak terlibat
pula adalah para taukey kapitalis, taukey judi seluruh dunia, orang-orang
atasan.
Budaya berkuda
seolah-olah dipinggirkan dari seluruh lapisan masyarakat kita. Hingga terwujud
satu mentaliti terkait iaitu, KUDA = JUDI = HARAM.
Yang Mulia Sultan
Mizan, Yang Dipertuan Agong bila ditanya orang ” Kenapa gemar berkuda?”
Jawab baginda
” Ini sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.”
Bahkan ! Berkuda
ini adalah kesukaan Nabi. Pernah atau tidak kita terfikir bahawa apa pun yang
junjungan besar nabi kita buat akan segera dimusuhi, diburukkan dan
diputar belit oleh musuh. Contohnya amalan poligami, ia satu sunnah yang
menjadi amalan para solehin, dicemuh dan dimomokkan hingga dibenci sungguh oleh
orang Islam sendiri.
Musuh Islam apabila
melihat bahawa Rasulullah itu sangat menggemari kuda, mereka tahu
kebaikan berkuda itu sangat merbahaya jika nanti diikuti oleh orang Islam.
Musuh akan menghalang segala bentuk kekuatan yang ada pada Rasulullah yang akan
dapat memanfaatkan umat Islam.
Mereka
sangat-sangat berhasad dengki dan memburukkan segala yang dari Rasulullah sejak
sekian lama dan merancang agar umat manusia sedunia menganggap baik semua
kejahatan mereka.
Namun, pejuang
Islam di TIMUR akhir-akhir ini telah berjaya meleraikan fitnah kepada Islam,
bermula dari yang paling asas iaitu membudayakan kewajiban menutup aurat dengan
memakai tudung, malah amalan poligami turut dibela semula.
Apabila Rasulullah
SAW berkuda dan dilihat hebat serta nampak ada kekuatan, musuh Islam
merosakkan budaya ini, maka dibuat berkuda ini dikaitkan dengan judi, hanya
untuk orang atasan, maka mereka kawal kuda ini dari sampai ke umat
Islam seperti juga mereka menghalang dari orang memperkatakan tentang
Imam Mahdi.
Ada sesetengah kuda
jenis Arab Sambrani mempunyai tanda kebesaran iaitu tanda seperti huruf
alif di lehernya dan tanda ini menunjukkan ia kuda keturunan kuda
Rasulullah. Tanda ini diperturunkan kepada bakanya hingga sekarang.
Tanda lekuk itu ialah satu ‘impression’ iaitu tempat tekan ibu jari
Rasulullah SAW semasa memegang lehernya untuk menaikinya. Tanda ini
juga dikenali dengan nama ‘ THE PROPHET’S THUMB’ . Inilah mukjizat.
No comments:
Post a Comment