Semasa berenang,
mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu
gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan,
selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Berenang juga
memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Kenapa Rasulullah anjurkan supaya ajar anak
berenang?
Tentulah hikmah dan manfaatnya sangat baik
kan=)
Antara fakta yang srikandi
tahu dan ingin kongsikan bersama, berenang merupakan olahraga tanpa gaya
graviti bumi (non weight barring). Ia adalah salah satu jenis olahraga yang
mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang jg merupakan olahraga yang paling dianjurkan
bagi mereka yang kelebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita
gangguan persendian tulang atau arthritis. Berenang memiliki banyak manfaat
yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman
itu sebagai rutin, antaranya ialah :
1. Meningkatkan kemampuan fungsi
jantung dan paru-paru
Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan
kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan
paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.
2. Melatih pernafasan
Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana
sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita
menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang.
3. Membentuk otot
Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada
tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah,
dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau
tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’ air yang mampu menguatkan dan
melenturkan otot-otot tubuh.
4. Membakar kalori lebih banyak
Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang
diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar
sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak
kalori daripada berjogging.
6. Self safety
Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi
cemas seperti jatuh ke laut dll
7. Menghilangkan stres.
Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks.
Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan
hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang.
Sejam setengah srikandi duduk dalam kolam tu pun masih belum puas rasanya.
No comments:
Post a Comment