Sunday, 17 March 2013

FAEDAH BERENANG



Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


Kenapa Rasulullah anjurkan supaya ajar anak berenang? 
 
Tentulah hikmah dan manfaatnya sangat baik kan=)
 
Antara fakta yang srikandi tahu dan ingin kongsikan bersama, berenang merupakan olahraga tanpa gaya graviti bumi (non weight barring). Ia adalah salah satu jenis olahraga yang mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang jg merupakan olahraga yang paling dianjurkan bagi mereka yang kelebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita gangguan persendian tulang atau arthritis. Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :

1. Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru

Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.

2. Melatih pernafasan

Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang.
 
3. Membentuk otot

  Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’ air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.

4. Membakar kalori lebih banyak

Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging.

6. Self safety

Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dll
 
7. Menghilangkan stres.

Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang. Sejam setengah srikandi duduk dalam kolam tu pun masih belum puas rasanya.

FAEDAH MEMANAH





Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


FAEDAH BERKUDA



Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)


Berkuda





Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

PENGENALAN SUKAN SUNAH-BERKUDA


 Sabda Nabi SAW: " Ajarkah anak-anakmu BERENANG dan MEMANAH; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung KUDA"                                                             Hadis Riwayat Ahmad





Berkuda, memanah, berenang, sunnah Rasulullah SAW

Sejak kita lahir kita sudah terbiasa mendengar kuda yang dikaitkan dengan perjudian seperti loteri lumba kuda, juga yang berkaitan permainan polo. Yang banyak terlibat pula adalah para taukey kapitalis, taukey judi seluruh dunia, orang-orang atasan.
Budaya berkuda seolah-olah dipinggirkan dari seluruh lapisan masyarakat kita. Hingga terwujud satu mentaliti terkait iaitu, KUDA = JUDI = HARAM.
Yang Mulia Sultan Mizan, Yang Dipertuan Agong bila ditanya orang ” Kenapa gemar berkuda?”



Jawab baginda ” Ini sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.”
Bahkan ! Berkuda ini adalah kesukaan Nabi. Pernah atau tidak kita terfikir bahawa apa pun yang junjungan besar nabi kita buat akan segera dimusuhi, diburukkan dan diputar belit oleh musuh. Contohnya amalan poligami, ia satu sunnah yang menjadi amalan para solehin, dicemuh dan dimomokkan hingga dibenci sungguh oleh orang Islam sendiri.
Musuh Islam apabila melihat bahawa Rasulullah itu sangat menggemari kuda,  mereka tahu kebaikan berkuda itu sangat merbahaya jika nanti diikuti oleh orang Islam. Musuh akan menghalang segala bentuk kekuatan yang ada pada Rasulullah yang akan dapat memanfaatkan umat Islam.
Mereka sangat-sangat berhasad dengki dan memburukkan segala yang dari Rasulullah sejak sekian lama dan merancang agar umat manusia sedunia menganggap baik semua kejahatan mereka.
Namun, pejuang Islam di TIMUR akhir-akhir ini telah berjaya meleraikan fitnah kepada Islam, bermula dari yang paling asas iaitu membudayakan kewajiban menutup aurat dengan memakai tudung, malah amalan poligami turut dibela semula.
Apabila Rasulullah SAW berkuda dan dilihat hebat serta nampak ada kekuatan, musuh Islam merosakkan budaya ini, maka dibuat berkuda ini dikaitkan dengan judi, hanya untuk orang atasan, maka mereka kawal kuda ini dari sampai ke umat Islam seperti juga mereka menghalang dari orang memperkatakan tentang Imam Mahdi.
Ada sesetengah kuda jenis Arab Sambrani mempunyai  tanda kebesaran iaitu tanda seperti huruf alif di lehernya dan tanda ini menunjukkan ia kuda keturunan kuda Rasulullah. Tanda ini diperturunkan kepada bakanya hingga sekarang. Tanda lekuk itu ialah satu ‘impression’ iaitu tempat  tekan ibu jari Rasulullah SAW semasa memegang lehernya untuk menaikinya.  Tanda ini juga dikenali dengan nama ‘ THE PROPHET’S THUMB’ . Inilah mukjizat.