Semasa berenang,
mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu
gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan,
selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Berenang juga
memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
PJSS
PEKULA JAYA SUNNAH SPORTS
Sunday, 17 March 2013
FAEDAH BERENANG
Kenapa Rasulullah anjurkan supaya ajar anak
berenang?
Tentulah hikmah dan manfaatnya sangat baik
kan=)
Antara fakta yang srikandi
tahu dan ingin kongsikan bersama, berenang merupakan olahraga tanpa gaya
graviti bumi (non weight barring). Ia adalah salah satu jenis olahraga yang
mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang jg merupakan olahraga yang paling dianjurkan
bagi mereka yang kelebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita
gangguan persendian tulang atau arthritis. Berenang memiliki banyak manfaat
yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman
itu sebagai rutin, antaranya ialah :
1. Meningkatkan kemampuan fungsi
jantung dan paru-paru
3. Membentuk otot
7. Menghilangkan stres.
FAEDAH MEMANAH
Melatih emosi dan
fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan
body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah
tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan
menstabilkan emosi.
Individu yang tidak
tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan
menjadi pemanah yang baik. Perbuatan
melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu
kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang
dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah
SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik
permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
FAEDAH BERKUDA
Sabda Rasulullah
SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Berkuda
Berkuda amat baik
untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke
kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan
belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang
belakang manusia.
Semasa pergerakan
galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra
tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni,
dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar
chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural
tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota :
tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman,
sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan,
malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk
menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat
selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan
tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut
mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan
‘galloping’ kuda.
PENGENALAN SUKAN SUNAH-BERKUDA
Sabda Nabi SAW: " Ajarkah anak-anakmu BERENANG dan MEMANAH; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung KUDA" Hadis Riwayat Ahmad
Berkuda, memanah,
berenang, sunnah Rasulullah SAW
Sejak kita lahir
kita sudah terbiasa mendengar kuda yang dikaitkan dengan perjudian seperti
loteri lumba kuda, juga yang berkaitan permainan polo. Yang banyak terlibat
pula adalah para taukey kapitalis, taukey judi seluruh dunia, orang-orang
atasan.
Budaya berkuda
seolah-olah dipinggirkan dari seluruh lapisan masyarakat kita. Hingga terwujud
satu mentaliti terkait iaitu, KUDA = JUDI = HARAM.
Yang Mulia Sultan
Mizan, Yang Dipertuan Agong bila ditanya orang ” Kenapa gemar berkuda?”
Jawab baginda
” Ini sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.”
Bahkan ! Berkuda
ini adalah kesukaan Nabi. Pernah atau tidak kita terfikir bahawa apa pun yang
junjungan besar nabi kita buat akan segera dimusuhi, diburukkan dan
diputar belit oleh musuh. Contohnya amalan poligami, ia satu sunnah yang
menjadi amalan para solehin, dicemuh dan dimomokkan hingga dibenci sungguh oleh
orang Islam sendiri.
Musuh Islam apabila
melihat bahawa Rasulullah itu sangat menggemari kuda, mereka tahu
kebaikan berkuda itu sangat merbahaya jika nanti diikuti oleh orang Islam.
Musuh akan menghalang segala bentuk kekuatan yang ada pada Rasulullah yang akan
dapat memanfaatkan umat Islam.
Mereka
sangat-sangat berhasad dengki dan memburukkan segala yang dari Rasulullah sejak
sekian lama dan merancang agar umat manusia sedunia menganggap baik semua
kejahatan mereka.
Namun, pejuang
Islam di TIMUR akhir-akhir ini telah berjaya meleraikan fitnah kepada Islam,
bermula dari yang paling asas iaitu membudayakan kewajiban menutup aurat dengan
memakai tudung, malah amalan poligami turut dibela semula.
Apabila Rasulullah
SAW berkuda dan dilihat hebat serta nampak ada kekuatan, musuh Islam
merosakkan budaya ini, maka dibuat berkuda ini dikaitkan dengan judi, hanya
untuk orang atasan, maka mereka kawal kuda ini dari sampai ke umat
Islam seperti juga mereka menghalang dari orang memperkatakan tentang
Imam Mahdi.
Ada sesetengah kuda
jenis Arab Sambrani mempunyai tanda kebesaran iaitu tanda seperti huruf
alif di lehernya dan tanda ini menunjukkan ia kuda keturunan kuda
Rasulullah. Tanda ini diperturunkan kepada bakanya hingga sekarang.
Tanda lekuk itu ialah satu ‘impression’ iaitu tempat tekan ibu jari
Rasulullah SAW semasa memegang lehernya untuk menaikinya. Tanda ini
juga dikenali dengan nama ‘ THE PROPHET’S THUMB’ . Inilah mukjizat.
Wednesday, 13 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)